PERSOALAN KEMATIAN MERUPAKAN KETENTUAN ALLAH TAALA…KITA SEBAGAI HAMBANYA TIDAK PUNYA KUASA UNTUK MENGHALANGNYA…SEMALAM MALAYSIA DIKEJUTKAN DENGAN KEMANGKATAN SULTAN JOHOR IAITU SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL.IKUTI ULASAN SELANJUTNYA DARI PETIKAN MALAYSIAKINI.
Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.
Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.
Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang esok.
Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.
Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor unku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri unku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.
Alhamdulillah pada petang tadi ,Jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di Johor Bahru.
Jenazah Allahmarhum dibawa dari Istana Besar ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada jam 1.30 tengahari dan istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah selesai kira-kira jam 3.30 petang ini.
Sebelum jenazah Almarhum ditarik di atas pedati ke makam diraja itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru hari ini.
Upacara perangkatan itu sejauh 3 kilometer dari Istana Besar diiringi dengan acaan ayat-ayat suci al-Quran. Selain itu, 77 das tembakan mariam disempurnakan oleh 41 Bateri stiadat Kem Sungai Buloh, sebagai menandakan usia Almarhum semasa emangkatannya.
Bacaan talkin dan doa disempurnakan oleh penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut.
Jenazah Almarhum disemadikan di sebelah makam ayahanda baginda. Istiadat itu disempurnakan dengan siraman air mawar dan taburan bunga rampai selepas bacaan doa dan talkin.
Istiadat itu disaksikan oleh Sultan Johor Tunku Ibrahim Ismail, Sultanah
Zarith Sofiah, Sultanah Zanariah serta anakanda dan cucunda selain anggota erabat diraja Johor yang lain.
Turut berangkat hadir ialah Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultan Kedah
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Perak Sultan Azlah Shah, Sultan elangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan unku Muhriz, dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Osman serta beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Ali Rustam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut serta.
Sebelum itu, jenazah Almarhum disemayam di Dewan Besar, Istana Besar, di Johor Bahru untuk diziarahi segenap lapisan rakyat.
Malam tadi, Menteri Besar Johor yang mengumumkan kemangkatan Almarhum baginda Sultan Johor, malam semalam, berkata waktu yang dibenarkan kepada orang awam untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum adalah dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi.
Peraturan berkabung
Mengenai peraturan berkabung, beliau berkata orang-orang Melayu perlu memakai tanda perkabungan kain putih selilit saja selebar dua inci pada songkok.Bagi lain bangsa dan agama, Abdul Ghani berkata mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.
Katanya, bagi yang memakai uniform dan memakai uniform pada majlis tertentu, mereka perlu melilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.
"Bagi perempuan Melayu, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri," katanya.
Abdul Ghani berkata bagi upacara pemakaman pula, lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri.
Beliau berkata bagi yang memakai uniform, mereka perlu melilit kain putih berukuran dua inci di songkok.
Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai, katanya.