Dokumentasi
Dokumentasi Aktiviti-Aktiviti Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK)
1. Konvensyen Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak Ianya telah diadakan pada 2 Ogos 2008 bertempat di Dewan Taming Sari, Medan Gopeng, Ipoh. Dengan bertemakan “Mahasiswa Pencorak Gerakan Massa” Konvensyen pada kali ini telah berjaya menghimpunkan hampir 500 mahasiswa perak dari seluruh IPT.
Tentatif Majlis 8.30-8.45 a.m : Ketibaan para peserta dan pendaftaran 8.45-9.00 a.m : Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Penaja BERSATU oleh Saudara Muhammad Afiq B. Mohd Khazar 9.00-10.30 a.m : Pembentangan Kertas Kerja 10.30-10.45 a.m : Minum Pagi 10.45-1.00 p.m : Forum Mahasiswa “Mahasiswa Pencorak Gerakan Massa” 1.00-2.30 p.m : RESOMA 2.30-4.30 p.m : Taklimat NGO dan Diskusi Mahasiswa 4.30-5.15 p.m : Rehat dan solat asar 5.15-6.45 pm : Majlis Perasmian Penutup . Ucaptama oleh Menteri Besar Perak 6.45 p.m : Bersurai
2. Respon Isu Dengan pendekatan Misi BERSATU PERAK untuk “Melahirkan Mahasiswa Minda Negarawan” sikap cakna terhadap isu dan perkembangan landskap Negeri Perak menjadi keutamaan. BERSATU PERAK telah berjaya mengeluarkan beberapa artikel sebagai respon terhadap sesuatu isu yang timbul. Artikel tersebut tidak sahaja dimuatkan di dalam blog tetapi turut dipaparkan di surat khabar dan majalah seperti utusan, berita harian, harakah, majalah I, dan lain-lain.
3. Website dan Blog Menurut Prof Dr. Abdul Aziz Mohd Zin, saluran dakwah ataupun media dakwah yang paling menonjol adalah melalui media massa iaitu media cetak dan media elektronik. Peranan media-media ini sangat penting sebagai suatu wadah untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara da’ie dan mad’u dengan lebih luas. Melihat kepada kepentingan saluran ini, maka BERSATU PERAK telah mewujudkan website dan blog dalam mengetengahkan isu-isu, forum, pandangan awam, aktiviti BERSATU, dan lain-lain. Walaubagaimanapun website BERSATU masih lagi di dalam penyelenggaraan dan akan di aktifkan sekitar bulan Disember.
Website BERSATU : http://siswaperak.com
Blog BERSATU : http://bersatuperak.blogspot.com/
4. Derma Kilat dan Bantuan Di Felcra Nasharudin Pada 8 Oktober yang lalu, bencana ribut telah melanda Ladang Felcra Nasharudin yang mengakibatkan hampir 80 buah rumah musnah. Rentetan dari peristiwa itu, Bersatu Perak telah mengambil inisiatif yang cemerlang bagi membantu penduduk Felcra tersebut. Pada 9 Oktober, Bersatu telah melancarkan Tabung Kutipan bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada ahli qariah Ladang Felcra Nasharudin. Pelancaran Tabung tersebut telah dirasmikan oleh Saudara Hafez Sabri selaku Presiden di Akademi Pengajian Islam UM. Kutipan ini juga telah dilaksanakan di beberapa buah IPT sekitar Lembah Klang dan Perak oleh wakil-wakil Bersatu yang telah diamanahkan. Pada 10 Oktober, Bersatu telah mengahantar beberapa wakil ke tempat kejadian untuk merasai sendiri kesusahan yang dihadapi seterusnya menyumbangkan tenaga dalam membantu penduduk felcra tersebut. Menurut saudara Kamal Ihsan yang mewakili Bersatu ke tempat kejadian, kehadiran wakil-wakil Bersatu ke sana disambut baik oleh penduduk qariah. Malah mereka melahirkan tanda syukur dan gembira di atas komitmen dan bantuan yang diberikan. Apa yang lebih mengagumkanmereka ialah Bersatu merupakan gerakan mahasiswa yang pertama turun ke kampung tersebut untuk memberikan bantuan dan sumbangan dalam meringankan beban yang dihadapi. Ini merupakan kejayaan cemerlang bersatu dalam menggapai misi yang telah ditetapkan yakni Memperjuangkan Hak, Isu dan Kepentingan Mahasiswa dan Masyarakat. Sekalipun Bersatu seakan-akan baruberumur setahun jagung kerana penubuhannya baru mencecah 2 bulan, tetapi Bersatu telah membuktikan bahawa penubuhannya sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang didokongi oleh Mahasiswa mampu untuk memberikan satu ketumbukan yang padu dan sumbangan yang besar kepada Negeri Perak. Hasil kutipan yang telah di jalankan, BERSATU PERAK berjaya mengumpulkan RM500. Hasil kutipan tersebut telah diberikan terus kepada penghulu Felcra Nasharudin oleh saudara Hafez Sabri Selaku Presiden BERSATU.
Presiden BERSATU Saudara Hafez Sabri menyampaikan sumbangan kepada penghulu Felcra.
5. Edaran Kad Raya dan Risalah BERSATU Pada 24 September 2009 bersempena dengan sambutan Hari Raya Edul Fitri, BERSATU PERAK telah mengedar sebanyak 2500 keping kad raya Menteri Besar dan risalah perutusan BERSATU. Edaran adalah sekitar IPT kawasan Lembah Kelang dan beberapa IPT terpilih di PERAK seperti UKM, Pusat Asasi UIAM, UPM, UM, UTP, UITM Shah Alam, UITM Seri Iskandar, Kolej Tengku Umar, KISDAR dan lain-lain. Edaran ini telah memberikan impak yang besar kerana telah berjaya menonjolkan imej Menteri Besar sekaligus imej kepada kerajaan negeri pakatan rakyat perak. Selain dari itu ia juga membuatkan BERSATU PERAK dikenali di kalangan mahasiswa dengan lebih meluas.
6. Mesyuarat Bersama Wakil Kerajaan Negeri BERSATU di dalam beberapa sesi perjumpaan bersama dengan wakil kerajaan negeri di kalangan pemimpin PAS dan KEADILAN Perak telah mengadakan perbincangan dan diskusi berkaitan dengan hala tuju pemuda dan mahasiswa selain daripada harapan oleh kerajaan negeri di peringkat mahasiswa dalam membantu menjayakan misi Pakatan Rakyat Perak. 7. Mobilasi Mahasiswa BERSATU PERAK adalah merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang didokongi oleh Mahasiswa. Di atas dasar ini, maka BERSATU telah mewujudkan satu jaringan yang kuat di kalangan Mahasiswa dari seluruh IPT Negeri Perak, beberapa buah IPT sekitar Lembah Kelang, dan di peringkat antarabangsa yang melibatkan Universiti Al Azhar Mesir dan Universiti Of Manchester United. 8. Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM PERDANA) Mahasiswa bukan sahaja merupakan golongan terpelajar yang berpeluang melanjutkan pelajaran di menara gading, bahkan mereka juga merupakan pewaris kepimpinan Negara pada masa hadapan yang akan membangunkan masyarakat kelak. Menyedari hakikat itu, Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) telah mengatur suatu program khusus bersama masyarakat kampung yang dikenali sebagai Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM ‘08) yang bermula pada 29 November sehingga 3 Disember 2008. Program yang bertemakan “Mahasiswa Bersama Rakyat” tersebut telah berlangsung selama lima hari di sebuah perkampungan nelayan iaitu di Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar, Manjung, Perak dengan kerjasama erat daripada Menteri Besar sendiri iaitu Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin, Pusat Komuniti Masyarakat DUN Pasir Panjang dan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Seramai 62 mahasiswa dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah menyertai program ini dan menjadi ‘anak angkat’ kepada 24 buah keluarga di kampung berkenaan. Menurut Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) Mohd Hafez Sabri, program ‘keluarga angkat’ ini merupakan program pertama yang dianjurkan oleh pertubuhan tersebut dan akan diteruskan lagi di kampung-kampung yang lain tanpa mengira daerah dan latarbelakang kampung berkenaan dan akan dijalankan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Badan-Badan Bukan Kerajaan yang lain (NGO). Sementara itu menurut Pengarah program berkenaan pula, Mohd Hafizi Mohd Pauzi, program ini merupakan landasan yang terbaik kepada mahasiswa untuk mengenali dan menginsafi kehidupan masyarakat di kampung. Program ini juga berkeupayaan memberi kesedaran kepada generasi muda khususnya mahasiswa untuk terus berbakti kepada mereka yang memerlukan. Program ini telah berakhir dengan acara perasmian penutup oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Y.B. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah sebagai wakil kepada Menteri Besar, Y.A.B Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin. Ketika menyampaikan ucapan pada perasmian penutup, beliau sungguh tertarik dengan program ini dan berharap ia akan dikembangkan lagi di kampung-kampung yang lain. Menurut beliau lagi selaku mahasiswa yang berpeluang menuntut ilmu di menara gading, menjadi kewajipan kepada mereka untuk turun bersama masyarakat bukan sahaja untuk berbakti malah untuk berdakwah dan menyeru orang ramai untuk melakukan kebaikan serta mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Setelah selesai acara penutup, semua hadirin dan peserta dijemput menyertai ‘kenduri mahabbah’ dan menjamah makanan tengah hari yang terdiri daripada makanan laut seperti ikan, udang, kepah, dan siput belutung hasil daripada gotong royong yang dijalankan antara peserta dan penduduk kampung.
Sepanjang program tersebut pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya : 1)Forum Perdana Hal Ehwal Islam 2)Forum Pembangunan Ekonomi Mahasiswa Bersama Rakyat 3)Penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat 4)Ziarah Mesra Penduduk Kampung 5)Kuliah Ilmu, Tazkirah & Ta’lim 6)Qiamullail Perdana 7)Seminar & Motivasi peringkat kanak-kanak dan Remaja 8)Sukaneka 9)Tayangan Movie Perdana 10)Perlawanan Bola Sepak antara peserta dan belia kampung 11)Gotong Royong dan Kenduri Mahabbah bersama penduduk kampung 12)Perasmian Penutup oleh YB Drs. Khalil Idham Lim Abdullah 9. Dilantik Sebagai Exco Belia PEMADAM Kerajaan Perak 10. Dilantik Sebagai Exco Belia Dan Pembangunan Insan Jamaiy Perak 11. Terlibat Bersama Komuniti GMP Bersama Front-Front Mahasiswa ~ GAMIS, PERSADA, PKPIM 12. Terlibat Secara Langsung Dalam SMM ~ Menghantar Memorandum Kepada Sultan Berhubung Isu Perak. 13. Menjalinkan Hubungan Yang Kuat Dengan Barisan NGO ~ Commond Ground, GAMIS, Merdeka Center








