Bantahan E-voting bergema di Bagan Pinang.
Friday, October 9, 2009 22:12Lembah Pantai :5 oktober 2009: Beberapa universiti utama akan melaksanakan pengundian secara berkomputer dalam pilihan raya kampus akan datang – tindakan yang tidak disenangi oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Pemimpin-pemimpin pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dimaklumkan tentang langkah kontroversi itu bulan lalu.
Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah mengamalkan kaedah pengundian secara elektronik, juga dikenali e-undi, ini beberapa tahun lalu – juga dalam suasana penuh bantahan, di peringkat awalnya.
Penamaan calon bagi pilihan raya kampus UUM akan berlangsung pada Khamis ini, manakala pengundian dijadualkan pada 12 Oktober.
Pemimpin-pemimpin pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) pula belum pasti sama ada pengundian berkomputer itu akan diperkenalkan atau masih mengekalkan keadah dahulu.
Tarikh pilihan raya di UM, UKM dan USM masih belum diketahui.
Sehubungan itu, antara 20 hingga 30 pelajar, yang menyertai SMM, mengadakan bantahan dengan mengedarkan risalah bersempena pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang kelmarin.
Pengerusi SMM Shazni Munir Mohd Ithnin mendakwa sistem pengundian elektronik ini “tidak boleh dipercayai” dan “boleh menimbulkan keraguan”.
“Sebagai contoh, di UM, seramai tiga orang yang akan memegang kata kunci yang mengendalikan sistem ini. Tidak diketahui siapa yang memegang kata kunci itu, (jadi) timbul keraguan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Beliau mendakwa, selain boleh berlaku penipuan jumlah undi yang diperolehi oleh calon, e-undi juga boleh mendedahkan identi pelajar yang memangkah seseorang calon.
Shazni, yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM berkata, kira-kira 1,000 risalah bantahan diedarkan kepada orang ramai di sepanjang kempen pilihan raya tersebut.
Bantahan mereka juga mendapat sokongan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan badan pemantau Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), tambahnya.
Sekumpulan pelajar UUM akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Naib Canselornya Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid bagi membincangkan isu e-undi pada Rabu ini, sehari sebelum penamaan calon di kampus itu.
Selain sering dibantah oleh beberapa kumpulan pelajar sejak diperkenalkan di UPM pada 2003, kumpulan pelajar universiti itu sendiri pernah memulaukan pilihan raya kampus itu selama dua tahun berturut

