SULTAN AZLAN SHAH BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT DI ISTANA

Thursday, September 10, 2009 0:43
Posted in category Featured and Utama

Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan meraikan para tetamu di majlis berbuka puasa bersama Orang Besar Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di Istana Iskandariah. Majlis yang diatur oleh pihak istana ini adalah merupakan acara tahunan tatkala menjelang bulan Ramadhan.Majlis diserikan juga dengan kepelbagaian warna pakaian kebangsaan.Memang indah sekali..Tujuan majlis ini juga diadakan adalah bagi merapatkan hubungan pihak istana dan juga rakyat jelata.Ini menunjukkan hubungan pihak istana dengan Orang Besar Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di Istana Iskandariah sentiasa terjalin.Alhamdulillah majlis berlangsung dengan meriah sekali.

Setelah selesai menikmati juadah berbuka puasa, baginda dan sekalian yang hadir mengerjakan solat fardhu Maghrib dan Isyak serta solat sunat Tarawih secara berjamaah. Turut berangkat D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan D.Y.A.M. Raja Dihilir Perak dan juga Menteri Besar Perak.

  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree