SAMAN SIVAKUMAR DI TOLAK?
Thursday, September 10, 2009 11:21
Saban hari krisis politik perak semakin meruncing.Terdapat segelintir rakyat Perak yang menginginkan Dun dibubarkan,ada juga yang menginginkan kerajan Perak yang diterajui Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir pada ketika ini dikekalkan.Sampai bilakah kemelut politik di negeri Perak ini akan selesai? BERSATU mengharapkan kuasa yang ada pada Menteri Besar sekarang ini dapat digunakan dengan penuh bijaksana.Jangan berlengah.Mana tidaknya selepas kemelut yang berlaku pada 5 Februari 2009 yang lalu,semakin ramai dikalangan rakyat Perak sendiri yang rimas akan situasi ini.Sampai bilakah perkara ini akan selesai? Tunggu sehingga berlakunya perpecahan rakyat Perak yang tidak akan pulih selamanya ataupun rusuhan yang berpanjangan.Kini sumber berita memberitahu bahawa Mahkamah Tinggi Ipoh membatalkan dengan kes permohonan saman Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar terhadap Datuk R Ganesan berhubung dakwaan menyerang dan melakukan pemenjaraan salah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.Menurut Hakim, Datuk Azahar Mohamed juga memutuskan mahkamah tiada kuasa untuk mendengar permohonan saman tersebut kerana tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN pada persidangan tersebut. Sivakumar dalam permohonan samannya sebelum ini turut memohon injuksi bagi menghalang R Ganesan dan sesiapa di bawah arahan Ganesan daripada menghalang tugasnya sebagai Speaker dan menghalang daripada menyebabkan kecederaan berterusan terhadapnya.BERSATU melihat satu penjelasan besar terhadap krisis perlembagaan negeri Perak ketika ini.Ini bermakna semua perkara yang berkaitan krisis perlembagaan negeri Perak yang dipersoalkan di mahkamah mestilah dihentikan supaya tidak melanggar Artikel 72 perlembagaan persekutuan.Masa mencemburui kita,di sini BERSATU menyeru supaya kita jangan asyik bercakap soal persoalan yang semakin hari semakin meruncingkan bagi kita tetapi kita persoal tentang bagaimana penyelesaian yang akan kita hasilkan.Kami dibarisan pimpinan BERSATU memohon kepada seluruh rakyat negeri Perak khususnya mahasiswa yang berada di luar sana supaya memanjatkan doa kepada Allah S.W.T dengan mengharapkan kemelut yang berlaku di Perak pada masa sekarang dapat diselesaikan secepat mungkin ditambah pula dengan sisa bulan Ramadhan yang masih tinggal ini.Ayuh panjatkan doa..Semoga dengan keberkatan Ramadhan Al-Mubarak ini doa yang dipanjatkan oleh kita semua akan dikabulkan.Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang benar

