Sidang Media BERSATU PERAK bersama NGO Cina dan India.
Wednesday, May 13, 2009 19:58
Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak, petang tadi telah mengadakan sidang media khas bersama beberapa petubuhan NGO Cina dan India di Bangunan Belia Ipoh Perak Darul Ridzuan, sidang tersebut dihadiri ramai wartawan yang melihat satu suasana yang pelik apabila melihat Mahasiswa Perak bersama-sama pertubuhan-pertubuhan NGO Cina dan India bekerjasama dan bersepakat bagi memikul suara rakyat di Negeri tersebut.
” Kami ingin menegaskan kepada semua pimpinan politik samada dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat serta kepada Pihak Istana dan seluruh kakitangan Kerajaan bahawa rakyat Negeri Perak sekarang ini secara mjoriti sangat-sangat marah, mual dan bosan dengan perbalahan dan kemelut yang tidak tahu penghujungnya ini. Kerajaan negeri huru hara, permasalahan dan kebajikan rakyat tidak terurus, ekonomi Perak merudum, mat rempit berleluasa, gejala dadah meningkat, intisusi kehakiman dan polis kelihatan sangat dipergunakan oleh pihak yang lebih berkuasa, wakil rakyat tidak berfungsi instisusi kesultanan semakin dicemari dan berbagai lagi persepsi yang tidak elok ada dalam pemikiran rakyat jelata, maka kita menuntut hak demokrasi perlu dikembalikan kepada rakyat,kita mendapati rakyat tidak kira dari PR atau BN masing-masing mahu dun dibubarkan sesegera mungkin agara rakyat kembali aman dan pentadbiran Negeri Perak kembali terurus” Jelas Presiden Bersatu Perak Saudara Mohd Hafez Sabri, kepada para wartawan yang hadir
Menurut Saudara Alexis Selaku penggerak Pertubuhan Gabungan Solidariti Rakyat Perak (GASTRA) yang mewakili suara rakyat kaum India, beliau menyatakan, “Kami melihat sendiri dengan mata kepala kami bahawa Rakyat Negeri Perak, majoritinya telah hilang keselesaan hidup, ketenangan hati dan perasaan, berada dalam keadaan tertekan yang berpanjangan dan kerugian yang sangat besar dari perbalahan ini,Walaupun pihak polis atau pihak-pihak tertentu meminta agar rakyat bertenang dan bersabar, tekanan yang disengajakan kepada rakyat ini Negeri Perak ini kelihatan tidak sealiran dengan seruan yang dibuat,. Mana mungkin rakyat Negeri Perak ini boleh bertahan lebih lama lagi dalam keadaan tekanan demi tekanan sebegini” Jelas beliau.
Sementara itu Bagi SaudaraThong Yee selaku Pengerusi Kebajikan Masyarakat Kaum Cina yang mewakili suara rakyat kaum cina, beliau menggesa agar seluruh persatuan-persatuan cina di Negeri Perak agar sama-sama bergerak dan memobilasi tenaga rakyat untuk menuntut hak di kembalikan semula kepada rakyat iaitu menggesa agar Dun dibubarkan secepat mungkin memetik kata-kata beliau “Kami dari kaum cina akan sentiasa memberi kerjasama kepada seluruh ngo-ngo yang ada di Perak ini dengan sebaik mungkin agar kita Rakyat Perak dapat hidup harmorni, saling hormat menghormati dan bekerjasama walaupun kita berbeza dari segi agama dan kaum, saya juga mengucapkan tahniah kepada Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak kerana menjadi suara anak muda yang tegas mempertahankan hak rakyat”
Di akhir sidang media tersebut satu kata sepakat dan deklarasi telah diumumkan oleh seluruh pimpinan NGO yang hadir dengan menyatakan, seluruh NGO2 Perak tidak kira dari Melayu, Cina dan India akan terus bekerja dan berusaha secara bersama sehingga semua pihak akur untuk mengembalikan semula hak Rakyat Negeri Perak.
Di akhir program tersebut, Presiden Bersatu Perak turut membentangkan kepada seluruh kaum Cina dan India yang hadir berkenaan gagasan Bersatu Perak dalam menggerakkan tenaga anak muda di Negeri tersebut bagi merakyatkan mahasiswa dan belia bersama seluruh masyarakat di Negeri tersebut.

