Nizar Sah MB Perak. BERSATU Harapkan Penyelesaian.

Monday, May 11, 2009 19:21
Posted in category Utama

Merujuk kepada kemenangan Hj Nizar setelah diumumkan oleh mahkamah sebagai MB Perak yang sah, memberikan harapan yang sangat besar kepada masyarakat agar konflik yang berlaku kini diselesaikan secepat mungkin supaya kerajaan Perak dapat menumpukan kembali agenda pembangunan masyarakat dan Negeri.

Melihat perbezaan yang ketara di antara kebolehan dan kecemerlangan dalam memikul tanggungjawab sebagai MB Perak, Hj Nizar dikatakan lebih kehadapan berbanding Dr Zambri. Sepanjang pemerintahan pakatan rakyat, pelbagai perubahan telah dilakukan bagi menjamin kebajikan dan kemajuan rakyat Negeri Perak.

Oleh kerana itu, BERSATU memberikan kepercayaan yang penuh kepada Hj. Nizar di dalam mengatur strategi dan perancangan yang bernas agar kemelut di Negeri Perak ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berulang kembali. Konflik yang berlaku terlalu lama, menyebabkan rakyat muak dan sudah mula untuk tidak memperdulikan suasana politik di Perak. Jesteru itu, tindakan segera perlu diambil bagi merancakkan kembali keharmonian politik di Perak.

  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree