Mahasiswa Perak Mahu DUN di Bubar Segera

Monday, May 11, 2009 19:40
Posted in category Utama

Presiden Mahasiswa Perak saudara Mohd Hafez bin Sabri melihat Keputusan Mahkamah Tinggi yang diputuskan petang tadi menyebabkan keadaan politik Perak yang bercelaru sebelum ini menjadi makin celaru dan mengelirukan. Keputusan itu juga menyebabkan Dato’ Zambry Abdul Kadir tidak ada hak lagi untuk bertakhta sebagai Menteri Besar dan membuktikan selama ini kerajaan Barisan Nasional Perak telah menipu rakyat Negeri Perak dengan mentadbir Perak secara haram.

Sehubungan itu kami diperingkat Mahasiswa Perak menggesa Dato’ Zambry Abdul Kadir dan kesemua Exconya meletakkan jawatan secara terhormat ekoran keputusan mahkamah berkenaan.

Diperingkat mahasiswa Perak, kami berpandangan bahawa, Dato’ Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin tidak perlu meminta Dato’ Zambry Abdul Kadir meletakkan jawatan ini kerana pengisytiharan mahkamah itu secara automatik menjelaskan kedudukan Dato’ Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak kudeta sebelum ini dan kesemua Exconya gugur.Demikian ulasan dari Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak Saudara Mohd Hafez bin Sabri selepas keputusan mahkamah dikeluarkan sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, Sekiranya Dato’ Zambry Abdul Kadir dan para Exconya ada maruah dan air muka mereka akan meletakkan jawatannya dengan sendiri pada malam ini juga.

Dalam perkembangan lain, satu laporan menyebut Dato’ Zambry Abdul Kadir dikatakan akan meninggalkan bangunan pentadbiran kerajaan Perak esok. Dipercayai langkah itu akan diturut serta oleh para Exconya.

Kami diperingkat mahasiswa Perak memohon agar Sultan Perak sedia menerima Dato’ Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin menghadap dan memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak ini kerana keputusan Mahkamah Tinggi telah membuktikan bahawa selama ini Dato’ Zambry Abdul Kadir memerintah negeri Perak secara tidak sah.

Kami diperingkat Mahasiswa Perak mendoakan agar keputusan Mahkamah Tinggi tadi akan membuat pintu hati Sultan Perak yang terkenal sebagai seorang berhemah dan bijsaksana itu untuk menerima Dato’ Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin dan mendengar apa-apa yang akan diperkatakan oleh Dato’ Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin selaku Menteri Besar yang sah itu.

Saya juga melihat bahawasanya atas kapasiti Dato’ Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin sebagai MB berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi, Sultan Perak tidak ada sebab untuk tidak menerima menghadap Dato’ Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin, ini kerana kita menghormati prinsip demokrasi dan hak perlu dikembalikan kepada mereka yang berpihak kepada kebenaran.

Sekiranya Dato’ Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin dibenar menghadap dan beliau memohon agar DUN dibubarkan kami diperingkat Mahasiswa Perak memohon agar Sultan Perak bersetuju bagi menamatkan kemelut dan krisis politik di Perak inilah ketika dan masanya yang paling baik. Keputusan mahkamah tadi juga boleh dijadikan alasan konkrit untuk berbuat demikian.Bagi Mahasiswa Perak pembubaran DUN adalah penyelesaian yang paling berkesan dan adil.

Sekiranya pilihan raya diadakan semula dan mandat diperolehi sesiapa pun selepas ini tidak akan boleh membangkitkan apa-apa peristiwa yang telah berlaku dan keputusan atau suara rakyat yang baru itu hendaklah dihormati. Jelas beliau lagi.

Sama-sama kita berdoa agar kemelut politik di Perak akan berakhir dengan selamat dan jayanya.Sekali lagi saya mewakili seluruh Mahasiswa Perak yang berada didalam negara mahupun diluar negara memohon agar mandat diberikan semula kepada rakyat untuyk menentukan siapa pemimpin mereka.

“Mahasiswa Bersama Suara Rakyat”

  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Mahasiswa Perak Mahu DUN di Bubar Segera”

  1. sokong bersatu says:

    May 12th, 2009 at 1:06 am

    sama2 kita menumbangkan kezaliman umno/bn, teruskan bersatu perak, gerakkan mahasiswa dan raklyat menentang kezaliman

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree