Anak Perak bantah kerajaan negeri pecat ketua kampung

Saturday, April 18, 2009 21:49
Posted in category Utama

apis-copyKuala Kangsar 17 April 08:47 a.m | Gabungan Mahasiswa Bersatu Mahasiswa (BERSATU) sebulat suara membantah tindakan kerajaan negeri berikutan arahan pemecatan semua ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Perak berkuat kuasa pada 16 April semalam.

Presiden NGO tersebut, Mohd Hafez Sabri semasa memberitahu media pagi tadi menyatakan tindakan tersebut bercanggah dengan janji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang telah diumumkan sebagai Menteri Besar Perak semasa diawal pelantikan beliau.

“Dengan keluarnya arahan ini, sahlah semua ketua kampung dan JKKK di seluruh Perak dipecat dibubarkan oleh kerajaan BN. Perkara ini tak seperti kenyataan Zambry di awal perlantikan (beliau)sebagai MB yang masih tidak pasti statusnya bahawa Ketua Kampung dan JKKK tidak akan ditamatkan perkhidmatan,” jelas beliau.

Jelas beliau lagi, diawal perubahan pemerintahan kerajaan negeri di bawah Dato’ Seri Hj Nizar Jamaluddin, beliau mengumumkan bahawa semua ketua kampung dan JKKK boleh terus berkhidmat dengan kerajaan negeri sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat pada 31.12.2009.

Beliau yang menyokong kerajaan negeri memberi peluang perkhidmatan ketua kampung dilanjutkan menekankan bahawa ketua kampung dan JKKK yang dipilih melalui pilihanraya terikat dengan polisi dan dasar maka tidak timbul sifat partisan bagi golongan tersebut.

“Saya lihat jelas kerajaan PR (Pakatan Rakyat) lebih terbuka sikapnya berbanding kerajaan BN (Barisan Nasional), malahan supaya semua pembangunan dapat dilaksanakan secara saksama, kerajaan PR negeri Perak juga telah menubuhkan JKKK di perkampungan Cina, malahan Ketua Kampung dan JKKK perkampungan orang-orang Asli juga akan ditubuhkan,”ujar beliau lagi.

Terdahulu, mesyuarat Exco kerajaan negeri tersebut memutuskan kaedah pemilihan Ketua kampung di seluruh Perak dibuat melalui pungutan suara iaitu Ketua Kampung dipilih melalui pilihanraya. Sesiapa sahaja yang layak boleh dicalonkan dan di undi.

Kaedah ini dilaksanakan di seluruh Perak kecuali di kampung-kampung yang Ketua Kampungnya tidak meletakkan jawatan. Bulan Ogos selesai proses pemilihan dan yang terpilih diberi watikah perlantikan oleh YAB MB Perak ketika itu, dan tempoh perlantikannya adalah selama dua tahun

  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Anak Perak bantah kerajaan negeri pecat ketua kampung”

  1. PENSYARAH KANAN says:

    April 19th, 2009 at 2:30 am

    satu usaha gigih yg konsisten oleh bersatu dalam merakyatkan mahasiswa perak, tahniah

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree