Laporan Nuqaba’ 2009 BERSATU

Tuesday, March 31, 2009 22:31
Posted in category Utama

finalPada 27-29 Mac yang lalu pihak Sekolah Menengah Dr. Raja Nazrin Shah, Batu Gajah Perak dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa BERSATU Perak (BERSATU) telah berjaya menganjurkan Program Khursus Nuqaba. Program yang bertemakan ” Usrah Pemangkin Generasi Qudwah” ini berjaya mengumpulkan 60 orang pelajar terpilih dari tingkatan tiga hingga enam dari sekolah tersebut.

Seramai 20 orang ahli BERSATU yang terdiri dari pelbagai IPTA telah berkampung di sekolah tersebut bagi menjayakan program tersebut. Penganjuran program tersebut adalah bermatlamatkan untuk membentuk akhlak dan penghayatan ajaran Islam di dalam diri para peserta. Ia juga diharapkan mampu menerapkan kefahaman kepada para peserta tentang konsep usrah. Memetik ucapan Presiden BERSATU, saudara Hafez Sabri semasa majlis perasmian program tersebut:

“saya percaya program ini akan dapat memperkasakan ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah muslim yang unggul dalam diri para peserta. Adalah menjadi harapan kami mahasiswa untuk melihat generasi remaja yang ada kini mampu menjadi peneraju kepada kepimpinan negara yang berkaliber suatu hari nanti.”

Hadir sama, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Dr. Raja Nazrin Shah, Ust Jamil Soleh dan Ketua Guru Penasihat Ikatan Ukhuwwah Islamiah (IUI) sekolah tersebut, Ust Khirul Anuar.

Sepanjang program tersebut, para fasilitator yang terdiri dari ahli BERSATU menggunakan pendekatan baru dan segar bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa di mana golongan remaja lebih terdedah kepada cabaran globalisasi dan arus pembangunan negara yang pesat. Program ini juga mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para peserta kerana ia berkonsepkan “Dari Mahsiswa Untuk Remaja”. Hasilnya, para peserta dilihat lebih mudah berkomunikasi dan berkongsi dengan para fasilitator.

Para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah, kembara malam, tayangan perdana, dan juga pengisian rohani seperti qiammulai, solat berjemaah dan hafazan. Aktiviti yang berkonsepkan ’team building’ turut sama diterapkan bagi memupuk ukhuwwah dikalangan peserta.

Rata-rata peserta yang ditemui selepas program berkata, program tersebut amat bermakna dan berharap ia dapat dijadikan aktiviti tahunan sekolah

  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Laporan Nuqaba’ 2009 BERSATU”

  1. zul_ipoh says:

    April 1st, 2009 at 2:15 pm

    nak tanya,mcmana nak join apa2 aktiviti bersatuperak ni?xde info pun..kalau boleh,nak jugak join…saya dah daftar dah sbg ahli..tapi senyap je..

  2. Anak Muda Baru says:

    April 3rd, 2009 at 9:44 pm

    Zul blh cntct Saudara Shahril Exco Media dan Perhubungan BERSATU 0132968673
    atau blh terus hubungi Presiden BERSATU 0133190807,

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree