Suara Mahasiswa Perak United Kingdom

Wednesday, March 18, 2009 21:38
Posted in category Utama

1_901293004lUnited kingdom, 18 Mac - Konflik yang berlaku di Perak sekarang tidak ada kesudahannya melainkan dibubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) kata Saudara Afiq Khazar (koordinator Mahasiswa BERSATU PERAK United Kingdom).
Beliau berkata, nampaknya masalah yang berlaku semakin rumit apabila wujud dua kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Sewajarnya Dun Perak dibubarkan kerana hanya cara tersebut sahaja paling selamat untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul sekarang. Biarlah segala yang berlaku dihakimi rakyat.

“Ini sesuai dengan amalan demokrasi yang dipraktik di negara ini.. Sekiranya rakyat memilih calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu, bererti Umno dan BN yang akan menguasai negeri terbabit dan begitu juga sebaliknya,” katanya selepas di hubungi Unit Media BERSATU PERAK melalui perbualan telefon.

“Janganlah dibiar rakyat terus tertekan akibat kedegilan pihak tertentu untuk menyerahkan mandat kepada mereka untuk membuat pemilihan semula.

“Saya fikir inilah cara yang terbaik untuk menyelamatkan suasana yang berlaku di Perak sekarang,” ujarnya.

Beliau yang di amanahkan untuk memobilasi mahasiswa Perak di United Kingdom juga menyatakan, tindakan kerajaan BN di Perak sehingga terpaksa ke luar negara untuk mencari pakar undang-undang bagi mempertahankan kerajaan BN sebagai tindakan terdesak.

Kata beliau, biar apa pun cara yang dilakukan kerajaan BN bagi memulihkan keadaan, rakyat tetap tidak akan berpuas hati dengan apa yang berlaku, kecuali diadakan semula pilihan raya,bagi mengembalikan haka rakyat yang di nafikan secara kotor

“Hanya pilihan raya cara yang paling manis, bijak, bersopan serta mengikut lunas demokrasi berbanding cara lain sebagaimana yang dilakukan termasuk mendapat khidmat pakar undang-undang di England,” ujarnya.

  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree