Gaza Menangis
Sunday, March 15, 2009 0:58
Tangisan Gaza itu menyeru
Bagai terngiang di telinga
Buminya mengalir darah
Mengharap belas dan ikhsan
Suara wanita tidak bermaya
Jeritan anak-anak yang tidak berdosa
Ratapan si tua yang tidak terdaya
Dibunuh, dihambat dan diseksa
Darah pemuda terus mengalir
Ibarat sungai deras menerjuni lembah dan lurah
Walau gugur bak hujan yang turun
Suara Gaza memanggil sayu
Meraung segenap penjuru
Pejuangnya tetap merayu
Menggamit semangat dan juang rakyat
Sebagai kubu terkuat
Tergamak kita berpeluk tubuh
Menjadi penonton yang setia
Membiarkan saudara seakidah ditembusi peluru?
Membiarkan Gaza ditakluk pembunuh para nabi?
Manakah janji kita sebagai saudara seagama?
Bumi Gaza terus dibasahi darah mujahidin
Darah Gaza akan dituntut di hari pengadilan
Membiarkan mereka sebagai korban tanpa bantuan
Bangkitlah dan bersatulah dengan kesungguhan
Hulurkan bantuan dan pertolongan
Demi Allah ! buat Palestin yang kehilangan
Palestin, sapukan air matamu
Kami tetap bersamamu…
Perkongsian Oleh :
MOHD SHAHRUL RIDHWAN BIN MALIK
AL-QURAN DAN AL-HADITH
APIUM


daengchelak says:
March 27th, 2009 at 12:06 pm
Sebelom kita nak menegakkan kat tempat orang seeloknye kita perbetul kan la yang kat umah sendiri..
Kita org malaysia kan ke berpemikiran regime ala FATTAH asal kita nak kesian kat yng berpemikiran ala HAMAS. Patut kita menyuroh org hamas berperangai dan berfikir mcm org fattah yang mengikut kehendak penjajah…….
Bukan ke kerajaan kita pentadbiran PEWARIS PENJAJAH.?
utk keterangan lanjut sila layari http://www.melayuberaja.org dan lihat bagai mana rakyat selangor terutama nye, sendiri di rompak dari sejarah aqidah hinga ke kedaulatan pon di permainkan olih kerajaan kita.
sebelom nampak semut kat seberang mari kita bersama buangkan bangkai gajah kat kawasan kita dulu.