Bersatu Perak Anjur Solat Hajat Perdana Untuk Rakyat Perak
Wednesday, February 25, 2009 9:47Pantai Dalam 24 Feb o9 : Umumnya kemelut Politik di Perak ketika ini mendatangkan kekeliruan dan kerisauan kepada rakyat Perak. En Mohd Rozaidi AJK JKK Tualang Sekah Kampar Perak ketika ditemui berkata :
“Suasana Perak pada hari ini seharusnya diselesaikan secepat mungkin. Pengurusan dari sudut pembangunan Negeri Perak harus diutamakan untuk menjamin keselesaan dan kebajikan rakyat. Sekiranya perkara ini berlarutan, maka kita khuatir sekiranya ianya mendatangkan kesan yang buruk kepada Negeri Perak. Apatah lagi dengan kemelut ini, pelabur-pelabur asing mula menjauhkan diri dan tidak berminat dengan Negeri Perak.”
Manakala En Azhar Abidin dari unit pembangunan Pemuda menyatakan :
“Kita mula merasa terjejas dengan apa yang berlaku pada hari ini. Saban hari isu ini masih lagi tidak selesai. Maka kita mula mempersoalkan tentang kepentingan Rakyat yang tampaknya sudah tidak terbela gara-gara kemelut yang berlaku”.
Menyedari tentang perkara ini, Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak dengan kerjasama beberapa wakil kampus sekitar lembah Klang telah mengadakan solat hajat perdana bagi mendoakan kesejahteraan Negeri Perak dan keamanan rakyat di samping memohon petunjuk kepada Allah supaya dizahirkan kebenaran dan dipercepatkan penyelesaiannya.
Solat Hajat tersebut telah diadakan di Perkarangan Sekretariat BERSATU Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Majlis ini bermula selepas maghrib dengan ucapan dari barisan pimpinan dan wakil kampus Bersatu. Kemudian disambung dengan tazkirah ringkas daripada Saudara Hafez Sabri selaku Presiden Bersatu.
Majlis Solat Hajat Perdana ini telah dihadiri hampir 200 orang di kalangan mahasiswa dan rakyat Negeri Perak yang menetap di sekitar Pantai Dalam. Solat Hajat tersebut telah di imamkan oleh Presiden Bersatu sendiri.
Mudah-mudahan Allah memberikan ketenangan kepada seluruh rakyat Negeri Perak. Dengan izin dari Allah, Bersatu sentiasa bersama rakyat Perak dengan menyuarakan kepentingan dan kebajikan rakyat.


lawan tetap lawan says:
February 25th, 2009 at 10:00 pm
RAPATKAN SAFF MAJUKAN LANGKAH MOGA KITA BEROLEH KEMENANGAN