Forum Intelek Perak batal, akibat diugut TNC Azarae
Saturday, February 21, 2009 15:57Lembah Pantai 21 Feb. 2.04pm | Tekad mahasiswa Malaysia untuk menganjurkan Forum Intelek berkaitan krisis kudeta Perak di Masjid Ar-Rahman semalam tidak kesampaian apabila penganjur terpaksa membatalkan aktiviti tersebut pada saat-saat akhir lanjutan tindakan mengugut oleh TNC HEPA Frof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris untuk mengharamkan pertubuhan mereka masing-masing.
Haafizuddin Berita tersebut memang benar. Saya, Munir (Presiden PEMARAK) dan Aizat (Exco MPMUM) telah dihubungi Dato’ Azarae dan beliau mengugut untuk mengharamkan pertubuhan kami, sekiranya forum ini tetap diteruskan. Saya tidak ada banyak pilihan kecuali terpaksa membatalkannya (forum),” tegas Presiden PMIUM, Sdr. Muhammad Haafizuddin Abererah.
Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan tindakan tidak akademik Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) tersebut.
Sepatutnya kita (warga UM) lebih profesional. Kita bukannya menggalakkan rusuhan, kita menggalakkan orang ramai berfikir tentang krisis Perak mengikut prinsip ilmu dan rasional. Saya sedih dan kecewa,” jelasnya.
Presiden Persatuan Mahasiswa Perak (PEMARAK) Sdr. Juani Munir Abu Bakar ketika dihubungi memaklumkan bahawa pertubuhannya sedang membuat post-moterm dalaman dan isu ini telah dimaklumkan pada NGO Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) lewat malam semalam.
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Sdr. Mohd Aizat Mohd Salleh cuba dihubungi pada awal pagi tadi, tetapi gagal.
Setiausaha Politik bagi YDP MPMUM Sdr. Mohd Shafie Hashim ketika dihubungi, memaklumkan bahawa YDPnya Sdr. Mohammad Ridzuan Mohammad sedang mempertimbang untuk membuat kenyataan media di peringkat nasional pada pagi esok berhubung tindakan tidak waras TNC Azarae tersebut.
Shafie juga mencabar TNC Azarae untuk menafikan bahawa beliau ada menghubungi beberapa pemimpin mahasiswa tersebut selepas solat fardhu Jumaat kelmarin dan mengugut mereka untuk mengharamkan pertubuhan masing-masing di peringkat Universiti.
Pagi kelmarin, beberapa pertubuhan mahasiswa seperti MPMUM, PEMARAK, BERSATU, Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Malaya (PMIUM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), NGO Persatuan Mahasiswa Selangor (PEMASIS) bersama-sama menghantar ‘Memorandum Terbuka Berhubung Isu Kudeta Perak dan Krisis Perlembagaan’ kepada DYMM YDA Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal perakAbidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Istana Negara.
Petang kelmarin (selepas Jumaat), suatu perhimpunan aman diadakan di perkarangan Masjid Ar-Rahman di sini berhubung isu yang sama -mahasiswakini


