Presiden BERSATU PERAK rasmikan (KIC 09) ANJURAN PEMARAK

Friday, January 30, 2009 19:05
Posted in category Utama

apis-copyKuala Lumpur: Presiden BERSATU PERAK telah merasmikan Kem Insan Cemerlang (KIC 09) anjuran Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Kem ini dijalankan selama tiga hari dua malam,bertempat di Kolej kediaman Keempat Universiti Malaya

Program ini telah melibatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia Teluk Intan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rahman Talib Teluk Intan,jumlah peserta seramai 80 orang pelajar bersama 6 orang guru pengiring,semua yang terlibat adalah dikalangan pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini

Program anjuran PEMARAK ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar di perak berkenaan dengan Institut Pengajian Tinggi dan membantu mereka dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,disamping itu para pelajar juga didedahkan dengan kehidupan sebenar alam kampus dan cabaran-cabaran yang bakal mereka hadapi nanti,agar mereka bersiap sedia dalm menghadapi segala macam rintangan ketika bergelar mahasiswa nanti

“Saya mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada PEMARAK kerana berjaya menjalankan program ini dengan baik,sememangnya para pelajar di perak perlu di beri pendedahan awal berkenaan institut pengajian tinggi,hal ini kerana ia akan menjadikan mereka lebih bersemangat dan sentasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan diri mereka dalam segala bidang,sepertimana kata pantun melayu

“Semangat Cekal Jiwa Berani Sekali Genggam Jadikan Bara Perubahan Sikap Harus Diuji Kelak Sampai Ke Puncak Jaya” ” memetik ucapan Presiden BERSATU PERAK, ketika merasmikan majlis penutup program tersebut.

  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Presiden BERSATU PERAK rasmikan (KIC 09) ANJURAN PEMARAK”

  1. PENSYARAH KANAN says:

    April 19th, 2009 at 2:38 am

    RESPECT

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree